LAtar belakang
Koperasi UIAM Berhad
Koperasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Berhad (KUIAMB) pada awalnya dikenali sebagai Koperasi Kakitangan International Islamic University Kuala Lumpur Berhad. Ditubuhkan pada tahun 1985 dan dimiliki sepenuhnya oleh anggota KUIAMB yang secara khususnya terdiri daripada kakitangan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Objektif Utama KUIAMB adalah menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti secara berterusan serta memberikan komitmen yang mapan dengan penuh dedikasi untuk mendapatkan kepercayaan daripada para pelanggan yang terdiri dari pelbagai sektor sama ada kerajaan, separa kerajaan, ahli-ahli koperasi serta sektor Swasta.
Aktiviti utama KUIAMB adalah pembiayaan kredit bagi anggota Koperasi dan juga membekalkan peralatan pejabat dan ubahsuai pejabat seperti perabot, alat tulis,buku, dan kerja-kerja pembinaan kecil mengikut permintaan semasa.