Salam Syawal Kepada Semua Anggota Koperasi UIAM Berhad

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada tahun ini kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut syawal walaupun dalam keadaan norma baharu. Kami ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya kepada semua anggota Koperasi UIAM Berhad.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan bagi mereka yang mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan ini bukan sahaja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum pada siang hari di bulan puasa , tetapi juga kemenangan menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Kita juga harus bersyukur akan nikmat yang telah diberikan ini seperti mana Firman Allah SWT yang bermaksud: β€œDan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dalam melawan pandemik Covid-19. Patuhilah saranan kerajaan agar kita semua sentiasa selamat InsyaAllah. Marilah kita panjatkan doa juga kepada Allah agar pandemik ini segera diangkat agar perniagaan koperasi dapat pulih seperti sedia kala dan mampu memberi manfaat kepada seluruh anggota.

Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin sentiasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Syawal 1442H

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *